BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 23 November 2010

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::


 Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami
isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian
mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi
tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini
dialog mereka.


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang
cintakan saya?
Suami :   suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun
begitu abang memang menyayangi dan mencintai
Sayang!
Isteri :  isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana
abang boleh katakan abang sayang dan cintakan
saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang tidak boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri :  isteri : Tak boleh beri bukti!?Tidak! Saya hendak abang
terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan
saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka
mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun
begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
   si suami menarik nafas panjang dan dia berkata. 

"  "Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai
suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak
sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si 
    isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan
suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan koma.
    
    Si suami amat bersedih
dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang
dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai
mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh
itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap
langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau
melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku
tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih
mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada
sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh
dirasai dalam hati."

::: Hati Emas :::

0 ulasan: